SEREMBAN: Pasukan hoki wanita Negeri Sembilan meneruskan kemaraan dalam Liga Hoki Malaysia TNB 2024 apabila menang selesa 6-1 ke atas pasukan dari Pulau Pinang, Mutiara Impian MSSPP-PSHA dalam aksi di Stadium Hoki Seremban 2, di sini petang tadi. Hujan ketika perlawanan dimulakan tidak menghalang tuan rumah daripada memanfaatkan peluang apabila menjaringkan gol pertama melalui pemain kebangsaan, Anith Humairah Baharudin hasil pukulan sudut penalti seawal minit pertama. Negeri Sembilan yang berazam…










