KUALA LUMPUR: Lembaga Pengampunan Diraja sudah pun membuat keputusan berhubung permohonan pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Bagaimanapun, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta semua pihak supaya menunggu pengumuman yang akan dibuat oleh Lembaga Pengampunan kelak. “(Itu) urusan Lembaga Pengampunan… tunggu. Sudah ada kepastian tunggu pengumuman Lembaga Pengampunan,” katanya kepada pemberita selepas menjamu selera di gerai makan di kompleks beli belah Pertama Kompleks, di sini, hari ini.…










