KUALA LUMPUR: Berselindung di sebalik sebuah premis kediaman yang semacam tidak siap. Itu modus operandi sebuah ‘klinik koboi’ yang dikesan menjual sijil cuti sakit (MC) kepada orang ramai dipercayai sejak empat tahun lalu. Dengan harga serendah RM20 bagi satu hari cuti, setiap ‘pesakit’ boleh mendapatkan MC sepantas 10 minit. Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, kawasan premis berkenaan adalah sebuah kediaman di lorong kecil sekitar Hulu Langat dengan papan tanda mengelirukan dan…