KKM sedia pertimbang  ruang khas merokok - Utusan Malaysia

KKM sedia pertimbang  ruang khas merokok

Datuk Seri Dr. Dzulkifly Ahmad
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bersedia mempertimbangkan ruang khas merokok seperti dicadangkan  pelbagai pihak khususnya di premis makanan atau di tempat-tempat awam lain.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkifly Ahmad berkata, pihak KKM mendengar semua cadangan dan akan memastikan penyelesaian terbaik boleh dimuktamadkan kelak.

Mungkin kita akan pertimbangkan untuk tunaikan ada ruang khas kepada perokok. Kita akan mengadakan libat urus bersama pemilik-pemilik premis dan penjaja,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Jawatankuasa Codex bagi Lemak dan Minyak (CCFO) Ke-28 di sini, hari ini.

Menurut beliau, kementerian tidak terlalu rigid dengan sebarang peraturan yang diwujudkan dan akan mendengar cadangan atau keluhan semua pihak.

Terdahulu  dilaporkan, KKM mempertimbang untuk memperkenal kawasan khas merokok berhampiran premis makanan bagi memudahkan kumpulan tersebut.

Mengambil contoh premis makanan sekitar  Jalan Alor, Bukit Bintang, beliau sebelum ini berkata, penekanan diberi kepada keperluan untuk ruang merokok  seperti dilakukan di Singapura dan Jepun. 

Bagaimanapun, kata Dzulkifly, cadangan untuk mewujudkan kawasan khas merokok itu masih belum muktamad.  

Melihat sekitar Jalan  Alor di Bukit Bintang itu, saya sendiri turut turun padang dan melihat sendiri kawasan tersebut, adalah hampir mustahil untuk kita laksanakan kawasan merokok tiga meter dari premis makanan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN