Seramai 10 ejen hartanah menyertai kembara santai dari Shah Alam, Selangor ke Bukit Fraser, Raub, Pahang sempena Hari Wilayah, baru-baru ini bertujuan mengeratkan silaturahim sesama mereka. Para peserta kembara anjuran Kelab Motor Transasia & NasRealty itu turut berbincang dan bertukar-tukar idea mengenai pasaran semasa hartanah di negara ini. “2024 ini adalah tahun kebangkitan ejen-ejen hartanah kebangsaan selepas beberapa tahun kebelakangan ini, momentum merudum ekoran pasaran tidak menentu dan isu pandemik,”…










