KUALA LUMPUR: Pelaksanaan Strategi Antirasuah Nasional (NACS) menggantikan Pelan Antirasuah Nasional (NACP) perlu dipercepatkan bagi mengekang ketirisan, salah guna kuasa dan rasuah secara menyeluruh. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata, NACP bermula 2019 dan tamat tahun lalu yang memfokuskan kepada pemantapan governans, integriti dan antirasuah dalam sektor awam demi meningkatkan kecekapan dan ketelusan urus tadbir kerajaan. Namun, menurut beliau, kepentingan pengukuhan integriti dan antirasuah dalam sektor swasta…