KARiSMA 2024 himpun 1,000 atlet UiTM - Utusan Malaysia

KARiSMA 2024 himpun 1,000 atlet UiTM

AMINUDDIN Harun (tengah) bergambar bersama pegawai dan mahasiswa pada Majlis Perasmian KARiSMA 2024 di Dewan Biduanda, UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Rembau, Rembau malam tadi.-UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU: Seramai 1,000 atlet dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) dihimpunkan pada kejohanan Karnival Sukan Mahasiswa UiTM (KARiSMA) 2024 yang berlangsung di negeri ini bermula 26 Februari lalu hingga 4 Mac ini.

Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Dr. Shahrin Shahib @ Shahibudin berkata, karnival kali ini dianjurkan oleh UiTM Cawangan Negeri Sembilan dan diadakan di Kampus Kuala Pilah, Kampus Seremban dan Kampus Rembau.

Menurut beliau, beberapa lokasi luar turut digunakan dalam kejohanan ini termasuklah Kompleks Sukan Negeri Paroi; Kompleks Sukan MSN, Seremban 2 dan Kompleks Belia dan Sukan, Paroi.

“KARiSMA merupakan kejohanan sukan antara pelajar dari pelbagai kampus UiTM di seluruh negara. Karnival sukan ini bertindak sebagai medan pemilihan mahasiswa bagi mewakili UiTM ke kejohanan sukan di peringkat yang lebih kompetitif yang tinggi.

“Mahasiswa juga berpeluang menunjukkan kecergasan, kesihatan yang baik, kecekapan dalam sukan dan akademik, sambil memupuk semangat kebangsaan, disiplin, kerjasama, toleransi, dan daya saing yang tinggi,” katanya pada Majlis Perasmian KARiSMA 2024 di Dewan Biduanda, UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Rembau, di sini, malam tadi.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun yang merasmikan kejohanan itu semasa ucapannya berkata, Karisma membuktikan kepentingan sukan dalam membina semangat kebersamaan, memperkukuhkan kesihatan, dan membentuk personaliti yang cemerlang dalam kalangan rakyat selaras dengan Visi Sukan Negara 2030.

Beliau yang juga merupakan alumni UiTM menambah, sukan dilihat sebagai alat perpaduan yang ampuh dalam masyarakat serta melahirkan atlet bertaraf antarabangsa.

“Saya sangat menghargai peranan universiti sebagai pusat pengetahuan dan pembinaan bakat. Saya percaya Karisma ini bukan hanya merupakan tempat untuk mengukir nama dalam arena sukan, tetapi juga untuk membina semangat persatuan dan semangat kepemimpinan dalam kalangan mahasiswa.

“Dalam acara ini, kita bukan hanya melihat atlet yang cemerlang tetapi juga pemimpin masa depan yang sedang berkembang melalui pengalaman sukan di universiti ini,” katanya lagi.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×