HULU SELANGOR: Pasangan kembar pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Batang Kali di sini meluahkan rasa hati yang mereka masih mencari kekuatan untuk meneruskan persekolahan selepas kehilangan kedua-dua orang tua sejak dua tahun lalu. Kehidupan Putri Maisarah Bahari dan kembarnya, Putri Rabiatul Adawiyah, 17, mula berubah pada 2019 apabila kehilangan bapa akibat diserang jangkitan kuman paru-paru. Pasangan kembar itu kemudian terus berdepan ujian serupa apabila kehilangan ibu pula pada 2022…










