KOTA BHARU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerima sebanyak 80 aduan melibatkan pelbagai kesalahan pegawai dan anggota jabatan tersebut di seluruh negara sepanjang tahun lalu. Ketua Pengarahnya, Datuk Nor Hisham Mohammad berkata, daripada jumlah itu sebanyak 52 kes salah laku dilaporkan, skandal dan seksual (7), salah guna kuasa (7), rasuah (4), pentadbiran (4), pengurusan (3), penyelewengan (2 kes) dan melibatkan aduan kes kewangan (1 kes). Menurutnya, jumlah tersebut juga…










