JOHOR BAHRU: Penduduk di kawasan perumahan diminta untuk tidak menghalang laluan awam sehingga menyukarkan pergerakan jentera pengutip sampah membuat kerja kutipan, khususnya ketika tempoh perayaan Tahun Baharu Cina ini. Pengurus Besar Korporat SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM Environment), Mohd. Norlisam Mohd. Nordin berkata, peringatan itu bertujuan memudahkan operasi dijalankan pihaknya demi keselesaan orang ramai. “Penduduk di kawasan perumahan juga diingatkan untuk tidak meletak sebarang halangan seperti kenderaan di sepanjang laluan…










