Guna kurier seludup ganja gagal

Guna kurier seludup ganja gagal

BUNGKUSAN kurier yang mengandungi ketulan ganja mampat dirampas dalam serbuan di Rantau Panjang, Kelantan-IHSAN JKDM KELANTAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan menggagalkan cubaan menyeludup ketulan ganja mampat seberat 3.007 kilogram (KG) menggunakan perkhidmatan kurier selepas melakukan serbuan di  sebuah pusat berkenaan di Rantau Panjang pada 20 Februari lalu.

Serbuan pukul 12.50 tengah hari itu dilakukan oleh sepasukan anggota yang bertindak atas maklumat awam.

Pengarahnya Wan Jamal Abdul Salam Wan Long berkata, semasa serbuan dijalankan JDKM Kelantan telah menjumpai satu bungkusan berdaftar yang mengandungi dua ketulan mampat daun kering disyaksi dadah jenis ganja.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut membawa kepada penemuan ganja seberat 3.007 (kg).

“Modus operandi yang digunakan ialah dengan menggunakan perkhidmatan penghantaran kurier bagi mengedarkan ketulan mampat daun ganja tanpa meletakkan nama serta alamat penuh pengirim.

“Nilai rampasan dadah ini dianggarkan berjumlah RM7,517.73. Jika terlepas ke pasaran ia boleh digunakan oleh 15,000 orang penagih,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Wan Jamal Abdul Salam memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkait aktiviti penyeludupan dengan menghubungi JKDM Kelantan dan pemberi maklumat akan dirahsiakan.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×