Gesaan Muda agar saya dipecat tidak matang - Zaliha - Utusan Malaysia

Gesaan Muda agar saya dipecat tidak matang – Zaliha

ZALIHA MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr. Zaliha Mustafa menyifatkan gesaan yang dikeluarkan Muda agar dia dipecat susulan pengurangan hukuman penjara ke atas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai ‘tidak matang’.

Zaliha berkata, Lembaga Pengampunan membuat keputusan tersebut secara kolektif dan gesaan yang dibuat Muda adalah tidak adil.

“Itu pandangan peribadilah…bagi saya, kitapun kenalah tengok keputusan yang diambil itu adalah keputusan dari Lembaga Pengampunan, kolektif.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kalau hendak tuju pada saya, menurut saya gesaan tidak matang,” katanya seperti dipetik media tempatan malam tadi.

Semalam Utusan Malaysia melaporkan Datuk Seri Najib Tun Razak akan dibebaskan pada 23 Ogos 2028 apabila hukuman penjaranya dikurangkan daripada 12 tahun kepada enam tahun.

Denda juga dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.
Urusetia Lembaga Pengampunan dalam satu kenyataan memaklumkan, sekiranya Najib tidak membayar denda tersebut, tempoh penjara beliau ditambah selama setahun dari tarikh pembebasannya itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×