Dua termasuk lelaki warga Pakistan ditahan Op Mabuk di Ampang - Utusan Malaysia

Dua termasuk lelaki warga Pakistan ditahan Op Mabuk di Ampang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lelaki warga Pakistan antara dua lelaki yang ditahan dalam Ops Mabuk sempena Op Selamat 21 di sekitar daerah Ampang Jaya di sini, semalam kerana didapati memandu dalam keadaan mabuk.

Dalam operasi sempena Tahun Baharu Cina 2024 itu dijalankan bermula 9 hingga 11 malam di Jalan Pandan Utama, Pandan Indah di sini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail berkata, hasil ujian yang dijalankan menunjukkan tahap kandungan alkohol dalam darah individu yang ditahan melebihi had yang ditetapkan iaitu sebanyak 50/100 mililiter sahaja had yang dibenarkan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, susulan itu, pihak polis menahan dua lelaki berusia 55 dan 65 tahun kerana memandu di bawah pengaruh alkohol.

“Kedua-dua kenderaan kedua-dua tangkapan itu dibawa ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya.

“Kedua individu ini ditahan atas kesalahan memandu kenderaan bermotor dengan kepekatan alkohol melebihi had yang ditetapkan mengikut peruntukan Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Mohd. Azam, individu yang didapati melakukan kesalahan di bawah Seksyen ini boleh dihukum penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun dan denda tidak kurang daripada RM10,000 dan tidak lebih daripada RM 30,000.

Tambahnya, jika disabitkan kesalahan individu lesen memandu individu terbabit juga akan digantung bagi tempoh tidak lebih dua tahun.

“Orang awam dinasihatkan supaya tidak memandu kenderaan ketika di bawah pengaruh alkohol terutama di musim perayaan ini.

“Raikan perayaan dengan penuh suka tanpa duka dan pandulah dengan cermat serta berhati-hati, ingatlah orang yang tersayang,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×