JOHOR BAHRU: Seramai 780 individu termasuk tiga penjawat awam dicekup dalam dua operasi khas bermula Isnin hingga semalam di seluruh negeri ini. Dalam serbuan tersebut, polis merampas pelbagai jenis dadah seberat 27 kilogram (kg) yang dianggarkan bernilai RM3.1 juta. Ketua Polis Johor, Komisioner M. Kumar berkata, Op Tapis Khas yang dijalankan oleh seramai 175 pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik telah menjalankan pemeriksaan terhadap 513 individu dengan seramai 440…










