SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan menggesa pemilik dan pengusaha kuari di negeri ini untuk mengambil tindakan mengawal aktiviti operasi mereka bagi mengelak masalah jerebu serta peningkatan indeks pencemaran udara (IPU) terutama sewaktu cuaca panas dan kering ketika ini. Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, terdapat kira-kira 18 kawasan kuari di negeri ini dan kerajaan negeri meminta kesemua operator mengikut prosedur operasi standard (SOP) termasuk melakukan semburan air. “Sewaktu musim panas…










