CIQ BSI alami gangguan bekalan elektrik selama sejam - Utusan Malaysia

CIQ BSI alami gangguan bekalan elektrik selama sejam

CIQ BSI di Johor Bahru mengalami gangguan bekalan elektrik kira-kira sejam bermula pukul 4.15 petang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI), di sini mengalami gangguan bekalan elektrik kira-kira sejam sejak pukul 4.15 petang tadi.

Unit Komunikasi dan Korporat Pejabat Imigresen Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya telah melaksanakan kerja-kerja pemulihan bagi memastikan operasi tetap berjalan lancar.

“Bekalan elektrik telah kembali pulih dan semua zon pemeriksaan beroperasi seperti sediakala di Kompleks CIQ Bangunan Sultan Iskandar pada pukul 5.15 petang,” demikian menurut kenyataan tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pergerakan keluar masuk di premis berkenaan tetap berjalan lancar.

“Terima kasih diucapkan kepada semua pegawai yang bertugas di BSI yang telah melaksanakan tanggungjawab dengan penuh amanah serta dedikasi bagi memastikan aliran pergerakan pelawat berjalan dengan lancar,” tambah kenyataan itu.

Kejadian itu merupakan kali kedua premis berkenaan mengalami gangguan bekalan elektrik selepas kali pertama pada Disember tahun lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini