REMBAU: Seorang calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 yang sedang berlangsung ketika ini meninggal dunia selepas terbabit kemalangan di Kilometer 7, Jalan Pedas Kundur Linggi, dekat simpang tiga Plaza Tol Pedas-Linggi, di sini pada pukul 1.03 tengah hari itu. Mangsa, Muhammad Adiff Haikal Mohd Mizam, 17, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Undang Rembau, di sini disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 5.30 petang di zon merah, Hospital Tuanku Ja’afar Seremban…










