PORT DICKSON: Pusat Ikan Hiasan Port Dickson (PIHPD) yang merupakan satu-satunya galeri ikan hiasan marin di negara ini yang ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan, menyasarkan kehadiran sehingga 280,000 pengunjung pada tahun ini. Ketua Pusat PIHPD, Doreen Wee Siew Leen berkata, sejak ia dibuka kepada umum pada tahun 2016, ia memang menjadi tumpuan apatah lagi tiada bayaran yang dikenakan kepada pengunjung. Membolehkan orang ramai untuk melihat kepelbagaian spesies hidupan marin yang dipamerkan, PIHPD kendalian Jabatan Perikanan Malaysia sentiasa memberikan keseronokan terutama kepada kanak-kanak khususnya pada musim cuti persekolahan. “Pada tahun lepas kami…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya