10 polis trafik kena  jelaskan wang RM3,753 dari mana - JIPS - Utusan Malaysia

10 polis trafik kena  jelaskan wang RM3,753 dari mana – JIPS

Pengarah JIPS Bukit Aman, Datuk Seri Azri Ahmad
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:  Siasatan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Bukit Aman berhubung penemuan sejumlah wang tunai RM3,753 selepas sepuluh polis trafik diperiksa ketika menjalankan sekatan jalan raya malam tadi akan difokuskan dari mana sumber wang itu diperoleh.

Memberitahu Utusan Malaysia, Pengarah JIPS Bukit Aman, Datuk Seri Azri Ahmad berkata, sebarang keputusan yang akan diambil oleh JIPS tidak boleh dibuat tanpa siasatan lanjut.

Menurut  beliau, penjelasan dari semua anggota trafik akan diambil bagi pengesahan lanjut mengenai keberadaan duit tersebut dan punca atau sumber dari mana.

“Sekiranya ada pengaduan yang jelas serta pengesahan berlaku pemerasan kita akan buka siasatan dari sudut jenayah pemerasan,” katanya.

Mengulas lanjut,beliau berkata, setakat ini  tiada sebarang tindakan tahan kerja dibuat.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan, sepuluh anggota polis trafik ibu pejabat polis daerah (IPD) di Selangor ditukar serta merta susulan penemuan wang tunai RM3,753 ketika menjalankan tugasan di sekatan jalan raya.

Semua yang  terlibat iaitu seorang pegawai berpangkat inspektor dan sembilan anggota terdiri sarjan, lans koperal serta konstabel.

Mengesahkan perkara itu kepada Utusan Malaysia, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, satu kertas siasatan tatatertib sudah dibuka bagi mengenal pasti sama ada wujud elemen rasuah atau sebaliknya.

Menurut beliau, siasatan itu dilakukan selepas  pasukan JIPS melakukan pemeriksaan ke atas anggota berkenaan ketika melaku sekatan jalan raya pada pukul 2.30 pagi.

Pemeriksaan oleh pasukan JIPS Bukit Aman mendapati salah seorang anggota trafik berpangkat Sarjan memiliki wang tunai kira-kira RM3,313 selain wang tunai berjumlah RM440 dalam sebuah kereta.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN