YPM komited laksana program pendidikan tingkat kualiti rakyat luar bandar - Utusan Malaysia

YPM komited laksana program pendidikan tingkat kualiti rakyat luar bandar

ISMAIL Mohamed Said (kiri) menyampaikan bantuan persekolahan kepada seorang pelajar di SMK Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Kuala Tahan, di Jerantut, Pahang. - UTUSAN/SALEHUDIN MAT RASAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT: Yayasan Pendidikan Mara (YPM) komited melaksanakan enam program pendidikan di negeri ini termasuk Program Tuisyen Pintar (PTP) bagi mengukuhkan kecergasan minda dan kualiti diri pelajar.

Pengerusi YPM, Datuk Seri Dr. Ismail Mohamed Said berkata, selain PTP, turut dilaksanakan Program Selangkah Ke Universiti (SKU), Program Teknik Menjawab Soalan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Program Usahawan Digital dan Program Transformasi Orang Asli.

“PTP yang membabitkan tujuh pusat tuisyen melibatkan seramai 700 orang pelajar. Ia program tanggungjawab sosial korporat (CSR) pendidikan baharu yang kekal relevan dan akan terus diperkasa.

“Kami akan terus menggembleng tenaga dan idea agar misi bantuan dan program pendidikan terus sampai ke seluruh pelosok negara tanpa ada seorang pun pelajar yang layak tercicir daripada menikmati manfaat ini,” katanya kepada pemberita selepas program Bantuan Pendidikan YPM di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Kuala Tahan di sini.

Ismail berkata, program bantuan pendidikan YPM di negeri ini pada tahun lalu melibatkan peruntukan berjumlah RM297,700 yang memberikan manfaat kepada 1,513 pelajar.

Tegasnya, YPM akan mewujudkan jalinan kerjasama strategik antara pelbagai agensi kerajaan dalam memastikan anak-anak Melayu dan bumiputera menerima manfaat secara menyeluruh. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya