GEORGE TOWN: Seramai 1 juta penganut agama Hindu dijangka membanjiri Pulau Pinang Khamis ini bagi menyambut perayaan Thaipusam. Sehubungan itu, Pengerusi Lembaga Wakaf Hindu (HEB) Pulau Pinang, RSN Rayer berkata, pihaknya ingin menasihatkan penganut-penganut agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) berkaitan Covid-29 yang ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM) sepanjang Thaipusam berlangsung. ‘’Jika boleh saya ingin menyeru kepada penganut agar memakai pelitup muka dan elakkan berada di lokasi yang sesak. ‘’Kepada penganut…









