Sesi persekolahan di Johor lancar walaupun terdapat banjir termenung - Utusan Malaysia

Sesi persekolahan di Johor lancar walaupun terdapat banjir termenung

NORLIZA Noh (tengah) meluangkan masa beramah mesra bersama-sama mangsa banjir di PPS Balai Raya Kampung Batu Badak, Segamat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEGAMAT: Sesi pengajaran dan pembelajaran di semua 1,193 sekolah di negeri ini berjalan lancar dan beroperasi seperti biasa hari ini walaupun terdapat beberapa kawasan masih dilanda banjir termenung.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi negeri, Norliza Noh, pihaknya tidak menerima sebarang maklumat melibatkan 908 sekolah kebangsaan dan 285 sekolah menengah yang dinaiki air setakat ini.

“Sebahagian kawasan yang terjejas akibat banjir, antaranya di Segamat menjadikan balai raya sebagai pusat penempatan sementara (PPS).

“Jadi, tiada sekolah di negeri ini yang dijadikan PPS ketika ini dan mengganggu sesi persekolahan hari ini.

“Guru-guru atau pelajar yang mengalami masalah berkenaan banjir diminta memaklumkan situasi mereka kepada pihak pengurusan sekolah,” katanya  ditemui selepas meninjau PPS di Balai Raya Kampung Batu Badak, di sini hari ini.

Yang turut hadir Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Segamat, Abd. Rahman Kecik dan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan.

Memandangkan cuaca yang masih tidak menentu, Norliza memaklumkan pihaknya akan memantau perkembangan itu dari semasa ke semasa bagi memastikan guru-guru atau pelajar dapat pergi ke sekolah seperti biasa.

Beliau berkata, seramai 584,322 pelajar dan 48,087 guru terdapat di negeri ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya