Ribut petir, hujan lebat hingga Selasa

Ribut petir, hujan lebat hingga Selasa

ORANG awam dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi METMalaysia serta muat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) meramalkan luruan angin timuran dijangka berlaku sehingga Selasa hadapan iaitu pada 16 Januari berdasarkan analisis model cuaca. 

Ketua Pengarah METMalaysia, Muhammad Helmi Abdullah berkata, keadaan ini boleh menyebabkan peningkatan kelembapan yang berpotensi membawa hujan berterusan di Sarawak, timur Sabah dan timur Semenanjung.

“METMalaysia telah mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan (Waspada) di Sarawak yang mula berkuat kuasa esok hingga Jumaat.

“Bagi negeri lain, ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang berpotensi berlaku pada sebelah petang hingga ke malam di negeri-negeri lain,” katanya. 

Sehubungan itu, orang awam dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi METMalaysia serta muat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN