Rafizi nafi Accio Technologies terlibat pembangunan PADU - Utusan Malaysia

Rafizi nafi Accio Technologies terlibat pembangunan PADU

RAFIZI RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Ekonomi menafikan syarikat Accio Technologies terlibat dengan proses pembangunan Pangkalan Data Utama (PADU) seperti mana yang didakwa Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr. Cher Han Lau dalam satu podcast bersama radio tempatan. 

Menterinya, Rafizi Ramli berkata, dakwaan Han Lau itu tidak benar selepas semakan dilakukan dengan pasukan di Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). 

“Pasukan Analitik PADU telah menjemput Dr. Han Lau  hanya dalam kapasiti peningkatan kemahiran sumber manusia (upskilling) dalam sains data berdasarkan keupayaan beliau dalam pembangunan data raya (big data) dan machine learning. 

“Proses pembangunan PADU, pengumpulan atau pembersihan data PADU tidak melibatkan beliau ataupun sesiapa daripada syarikat beliau. 

“Saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa PADU dibangunkan sepenuhnya oleh penjawat awam tanpa penglibatan mana-mana pihak ketiga,” katanya dalam kenyataan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya