Polis tidak terima permohonan Himpunan Rakyat di Istana Negara hari ini - Utusan Malaysia

Polis tidak terima permohonan Himpunan Rakyat di Istana Negara hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis tidak menerima sebarang notis permohonan penganjuran himpunan daripada badan bukan kerajaan (NGO) yang akan mengadakan perhimpunan di Istana Negara di sini esok.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, pihaknya mengesahkan menerima maklumat berhubung penganjuran perhimpunan berkenaan.

“Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields mengesahkan menerima maklumat mengatakan NGO iaitu Pembela Tanah Air (Peta) akan mengadakan Himpunan Rakyat dan penyerahan memorandum pada 11 pagi di Istana Negara, esok

“Bagaimanapun, setakat ini polis masih tidak menerima sebarang notis permohonan daripada pihak penganjur,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Justeru, katanya, polis menasihatkan semua pihak perlu menghormati undang-undang dan sebarang tindakan yang menyalahi undang-undang boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012.

“Orang ramai dinasihatkan tidak menimbulkan sebarang spekulasi berkaitan isu ini.

“Sebarang maklumat lain berkaitan jenayah atau aktiviti yang mencurigakan, boleh disalurkan dengan menghubungi Hotline Polis Brickfields di talian 03-22979222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21460584/0585 atau mana-mana Balai Polis yang berdekatan,” katanya.

Terdahulu, himpunan dan penyerahan memorandum itu dijadual  dilakukan oleh Sekretariat Gerakan Rakyat di hadapan Pintu 2, Istana Negara pada 10.30 pagi.

Berdasarkan surat tular yang didakwa dikeluarkan oleh Pemuda Pas Selangor, parti itu turut menyokong dan meminta penyokong hadir ke program berkenaan.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya