Pesakit tak kritikal diminta ke KK Mahmoodiah, bukan terus ke HSA - Utusan Malaysia

Pesakit tak kritikal diminta ke KK Mahmoodiah, bukan terus ke HSA

LING Tian Soon (tengah) melancarkan Kempen Bulan Kesedaran Kanser Serviks di Iskandar Puteri, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Orang ramai yang tidak mempunyai simptom sakit kritikal dinasihakant supaya tidak terus ke Jabatan Kecemasan dan Trauma (JKT) Hospital Sultanah Aminah (HSA) bagi mengurangkan kesesakan di unit berkenaan.

Sebaliknya, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Johor, Ling Tian Soon meminta mereka mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan (KK) Mahmoodiah yang berhampiran dengan HSA.

Katanya, waktu operasi KK Mahmoodiah telah dilanjutkan dari pukul 8 pagi hingga 9 malam setiap hari, berbanding hanya sehingga pukul 5 petang sebelum ini.

“Langkah ini bertujuan mengurangkan kesesakan yang dihadapi di Zon Kuning dan Zon Merah JKT HSA, sekali gus mengelakkan Zon Hijau ditutup bagi menampung pesakit daripada kedua-dua zon tersebut. HSA adalah hospital paling sibuk di Johor dan jabatan itu  menerima purata 600 pesakit setiap hari, bayangkan jumlah pesakit yang diuruskan setiap jam, jumlahnya tinggi.

“Oleh sebab itu, kerajaan telah melanjutkan waktu perkhidmatan KK Mahmoodiah untuk kita beri perkhidmatan terbaik kepada pesakit dengan simptom tidak teruk di lokasi berkenaan,” katanya selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Hospital Gleneagles Medini dan Yayasan Rose berkaitan Bulan Kesedaran Kanser Serviks, di sini hari ini.

Terdahulu, Pengarah HSA, Dr. Sal Atan dilaporkan berkata, perkhidmatan Zon Hijau di JKT HSA terpaksa ditutup sementara pada 17 Januari lalu bagi menampung peningkatan jumlah pesakit di Zon Kuning dan Zon Merah jabatan berkenaan.

Walau bagaimanapun,  perkhidmatan rawatan di Zon Hijau dibuka semula pada pukul 5 petang hari sama, meskipun notis pemakluman menyatakan ia ditutup dari pukul 2 petang hingga 9 malam.

Tian Soon berkata, KK Mahmoodiah mempunyai fasiliti perubatan yang lengkap berserta makmal dan x-ray untuk memberi perkhidmatan perubatan kepada semua pesakit. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya