Pegawai polis disyaki culik warga Bangladesh dibebas dengan jaminan - Utusan Malaysia

Pegawai polis disyaki culik warga Bangladesh dibebas dengan jaminan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang pegawai polis yang merupakan antara empat individu yang disyaki terbabit dalam kes culik ahli perniagaan di Seremban pada dua minggu lalu telahpun, dibebaskan dengan jaminan polis.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din bagaimanapun berkata, siasatan kes tersebut yang dijalankan pihak Ibu Pejabat Polis Bukit Aman itu masih diteruskan.

“Memandangkan suspek terbabit adalah pegawai awam, maka pelbagai aspek perlu disiasat polis. Tiga lelaki warga Bangladesh yang terbabit dalam siasatan itu kini ditahan di bawah Akta Imigresen kerana tidak memiliki dokumen sah,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan seorang pegawai polis antara tujuh individu yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes penculikan seorang lelaki warga Bangladesh di Bandar Seri Sendayan, di sini.

Mangsa yang merupakan seorang pekerja kontrak di daerah ini dilarikan pada 10 Januari lalu kerana dikatakan mempunyai hutang sebanyak RM25,000.

Pegawai terbabit difahamkan berpangkat inspektor berusia 57 tahun dikatakan bersubahat membantu enam suspek lain warga Bangladesh termasuk dua orang yang menculik mangsa.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN