Pantau pintu air tidak berfungsi, elak berlaku limpahan air

Pantau pintu air tidak berfungsi, elak berlaku limpahan air

air
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gemas, Ridzuan Ahmad
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAMPIN: Penduduk di Taman Sungai Gemas, Gemas di sini bimbang berlakunya limpahan air dari kawasan takungan air di situ berikutan pintu air tidak berfungsi sejak malam kelmarin.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gemas, Ridzuan Ahmad berkata, perkara itu telah diadukan oleh penduduk di situ kepadanya yang bimbang akan berlakunya kejadian tidak diingini apatah lagi kawasan taman perumahan tersebut merupakan kawasan kerap berlakunya banjir.

Sehubungan itu, beliau meminta pihak bertanggungjawab khususnya Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk memantau dan memastikan kemudahan yang ada itu sentiasa berfungsi pada setiap masa.

“Saya sudah menghubungi pihak JPS bagi memaklumkan masalah ini dan difahamkan kerja-kerja pembaikan sudah dijalankan. Masalah ini disebabkan air dari Sungai Ulu Muar yang ‘menolak’ masuk berpunca ekoran pintu air tak berfungsi.

“Air sungai masuk sedangkan perkara berkenaan tidak boleh berlaku. Oleh itu, saya harap agar pihak bertanggungjawab dapat sentiasa memantau kemudahan yang ada ini supaya sentiasa berfungsi pada setiap masa,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, semalam.

Ridzuan menambah, berikutan kawasan tersebut merupakan ‘hotspot’ banjir, ia juga telah dilengkapi dengan kemudahan siren amaran banjir oleh JPS.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya