Op Tiris 3.0: KPDN rampas minyak diesel bersubsidi diseleweng - Utusan Malaysia

Op Tiris 3.0: KPDN rampas minyak diesel bersubsidi diseleweng

MUHAMMAD Zahir Mazlan (kanan) memeriksa tangki IBC yang terdapat di atas sebuah lori yang diperiksa dalam serbuan Op Tiris 3.0 di sebuah stesen minyak di Rembau, awal pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Sebanyak 9,000 liter minyak diesel disyaki bersubsidi dengan nilai dianggarkan sebanyak RM19,350 dipercayai diseleweng telah dirampas pasukan penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Sembilan dalam serbuan di sebuah stesen minyak di Rembau awal pagi tadi.

Pengarah KPDN Negeri Sembilan, Muhammad Zahir Mazlan berkata, dalam serbuan Op Tiris 3.0 pada pukul 3.22 pagi itu, pihaknya turut menahan dua orang lelaki tempatan.

“Turut disita dalam serbuan tersebut, sebuah lori 20 tan, sepuluh unit tangki intermediate bulk container berkapasiti 1,000 liter, satu unit pam minyak berserta hos yang menjadikan anggaran keseluruhan nilai rampasan berjumlah RM60,850

“Hasil pemeriksaan penuh ke atas lori terbabit mendapati 10 buah tangki IBC yang berisi minyak diesel dianggarkan berjumlah 9,000 liter, manakala dua orang lelaki warganegara tempatan yang ditemui di tempat kejadian telah mengaku sebagai pemandu dan kelindan lori telah ditahan bagi membantu siasatan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Jelas beliau, satu kertas siasatan telah dibuka dan siasatan lanjut ke atas kes ini sedang dilakukan di bawah Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961 bagi mengenal pasti individu lain yang turut terlibat dalam aktiviti ini serta rantaian pengedaran minyak diesel tersebut.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya