Met Malaysia keluar amaran hujan berterusan di Johor - Utusan Malaysia

Met Malaysia keluar amaran hujan berterusan di Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan atau tahap buruk di Mersing dan Kota Tinggi, Johor sehingga Ahad ini.

Selain itu, amaran hujan berterusan atau waspada juga dikeluarkan membabitkan kawasan di negeri sama iaitu Segamat, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru.

Selain itu, amaran hujan tahap waspada membabitkan tiga kawasan lain di Pahang iaitu Kuantan, Pekan dan Rompin.

“Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi jabatan, aplikasi mobil myCuaca dan laman media sosial rasmi Jabatan. Talian hotline MET Malaysia 1300221638 boleh dihubungi bagi sebarang pertanyaan lanjut,” kata Met Malaysia dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat melaporkan 1,480 mangsa banjir yang melibatkan 386 keluarga telah dipindahkan ke 14 pusat pemindahan sementara (PPS) di Johor.

Ia membabitkan daerah Kota Tinggi, Kluang, Mersing dan Johor Bahru.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN