Menjaja di kawasan larangan, tinggalkan pula alatan memasak di lot parkir - Utusan Malaysia

Menjaja di kawasan larangan, tinggalkan pula alatan memasak di lot parkir

ANGGOTA penguat kuasa MBS Cawangan Nilai melakukan kerja-kerja sitaan barang perniagaan yang ditinggalkan di parkir lot dekat Putra Point Nilai, Seremban semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Sudahlah menjaja di kawasan yang dilarang malah meninggalkan pula barangan dan alatan perniagaan sehingga melakukan halangan awam.

Itu yang berlaku ketika sitaan barangan penjaja yang dijalankan oleh pihak penguat kuasa Majlis Bandaraya Seremban (MBS) Cawangan Nilai di parkir lot dekat Putra Point Nilai, Nilai di sini, semalam.

Pengarah Jabatan Undang-Undang dan Penguatkuasaan MBS, Hanizam Ahmad berkata, tindakan itu dilakukan pihaknya selepas mendapat maklumat awam dan pemeriksaan telah dilaksanakan pada pukul 1.30 petang semalam. 

Menurutnya, daripada pemeriksaan di lokasi mendapati terdapat barang perniagaan ditinggalkan di lot parkir atau kawasan awam.

“Semasa siasatan, tiada pemilik barang perniagaan tersebut di lokasi aduan bagaimanapun satu notis pemberitahuan sitaan barang telah dikeluarkan di bawah Seksyen 46 (1)(d) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 atas kesalahan halangan tred.

“Antara barang yang disita adalah lapan unit kerusi, satu unit khemah, dua unit masak, satu troli peralatan memasak, empat unit kaki meja dan sembilan unit papan meja,” katanya.

Beliau berkata, kawasan tersebut adalah kawasan larangan menjaja dan tindakan notis pemakluman telah diberikan awal namun tidak diendahkan menyebabkan tindakan penguatkuasaan perlu diambil.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya