Lima ditahan kerana merusuh - Utusan Malaysia

Lima ditahan kerana merusuh

TANGKAP layar video yang tular memaparkan seorang pemuda dipukul sekumpulan lelaki di Tapak Pesta, Jalan Gangsa, Batu Pahat pada hari Selasa baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Lima orang lelaki ditahan kerana merusuh dalam kejadian melibatkan sekumpulan sembilan orang dalam pergaduhan di kawasan lapang Tapak Pesta, Jalan Gangsa di sini pada hari Selasa baru-baru ini.

Dalam kejadian itu, seorang lelaki berusia 25 tahun mengalami kecederaan ketika datang ke lokasi kejadian untuk menjemput seseorang pulang dari sekolah.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, semasa menunggu murid yang dipercayai rakannya, mangsa telah didatangi lapan lelaki yang dipercayai warga tempatan dan menyerang dan memukul mangsa menggunakan kayu.

‘Bagaimana pun, mangsa berjaya melarikan diri dengan menaiki kereta dan terus ke Balai Polis Batu Pahat bagi membuat laporan,” katanya ketika diminta mengulas satu video berdurasi 1 minit 30 saat dalam akaun Facebook milik Batu Pahat Sana Sini hari ini.

Menurut Ismail, mangsa telah mengalami cedera di pipi, tangan, belakang dan telah menerima rawatan di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) di Batu Pahat.

Ujarnya, lima lelaki yang ditahan berusia 16 hingga 40-an dan dikenakan tahanan reman selama tiga hari bagi membantu siasatan serta mengesan suspek lain yang terlibat.

“Motif kejadian disebabkan perselisihan faham antara mangsa dan salah seorang suspek pada hari sebelum kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN