Bangunan runtuh di Seremban, lima cedera

Bangunan runtuh di Seremban, lima cedera

bangunan runtuh
KEADAAN bumbung bangunan runtuh di Pusat Komersial Oakland, Seremban, tengah hari tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Lima individu warga tempatan yang merupakan pekerja pemasangan solar panel cedera dalam kejadian runtuhan bumbung bangunan di Pusat Komersial Oakland, di sini, tengah hari tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.05 tengah hari itu, sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seremban 2 bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan.

Menurut Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK) I Harziz Hashim, kejadian tersebut melibatkan runtuhan bumbung bangunan berukuran 20×100 kaki persegi di premis yang dalam proses pemasangan sistem solar.

“Lima mangsa yang kesemuanya warganegara Malaysia dilapor cedera dan telah dihantar ke hospital sebelum ketibaan bomba,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Harziz berkata, pihaknya telah melakukan pemantauan bagi memastikan kawasan berkenaan selamat dan kes itu diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN