Kerajaan negeri tawar UiTM sedia papan cerita Kesultanan Melaka

Kerajaan negeri tawar UiTM sedia papan cerita Kesultanan Melayu Melaka

AB. RAUF Yusoh bergambar bersama pelajar UiTM selepas merasmikan #McLIVE 7.0: Wahana Komunikasi dan Penerbitan di Dewan Taming Sari, UiTM Kampus Alor Gajah, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Universiti Teknologi Mara (UiTM) Melaka diberi tawaran membuat satu papan cerita atau story board berkenaan pensejarahan dan konsep kehebatan Kesultanan Melayu Melaka sehingga kepada pembentukan Malaysia hari ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, kerajaan negeri menggalakkan penglibatan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) di Melaka membantu menjayakan Tahun Melawat Melaka (TMM) 2024.

Beliau berkata, mereka boleh membantu melalui bidang-bidang yang boleh mempromosi TMM 2024 seperti keseniaan, seni lukis dan reka cipta serta menyumbang pantun yang boleh diketengahkan kepada pelancong.

Menurutnya, pelajar IPT turut digalakkan menyertai penganjuran Hari Pelancongan Sedunia (WTD) dan Persidangan Pelancongan Dunia (WTC) yang diadakan di negeri ini tahun depan.

“Jadi saya membuka ruang kepada UiTM Melaka untuk memberikan cadangan dalam kita hendak membentuk jati diri sebagai Melaka sebuah negeri yang bersejarah. Berlandaskan konsep kehebatan Kesultanan Melayu Melaka dahulu dan membawa Malaysia ke hari ini, pensejarahan ini kita akan minta UiTM untuk buatkan satu story board.

“Apabila dalam perjalanan orang masuk ke Melaka ini mereka boleh melihat lukisan mural berlandaskan pada asas-asas tersebut,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan #McLIVE 7.0: Wahana Komunikasi dan Penerbitan di Dewan Taming Sari, UiTM Kampus Alor Gajah di sini, hari ini.

Tambah Ab. Rauf, beliau turut meminta UiTM menghasilkan pantun-pantun yang merupakan seni dan budaya untuk diwarisi generasi akan datang.

“Kerajaan negeri telah menganjurkan pertandingan mencipta pantun di peringkat sekolah-sekolah di negeri ini dan karya pemenangnya diletakkan di setiap pintu gerbang masuk ke sini,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya