JAS Negeri Sembilan tunggu keputusan analisis Jabatan Kimia - Utusan Malaysia

JAS Negeri Sembilan tunggu keputusan analisis Jabatan Kimia

PEGAWAI JAS Negeri Sembilan mengambil sampel bahan pencemaran susulan penemuan bahan buangan disyaki bahan berbahaya kepada alam sekitar yang dilupus secara haram di satu kawasan ladang kelapa sawit di Tanah Merah, Port Dickson baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan masih belum memperoleh hasil keputusan sampel yang telah dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia berkaitan bahan buangan disyaki bahan berbahaya kepada alam sekitar yang ditemukan telah dilupus secara haram di Tanah Merah, Port Dickson baru-baru ini.

Pengarahnya, Hamzah Mohamad ketika dihubungi  berkata, pihaknya masih menunggu keputusan analisis daripada pihak Jabatan Kimia Malaysia bagi mengetahui jenis bahan berbahaya tersebut.

“Kes ini masih lagi dalam siasatan pihak kami termasuk bagi mengesan pelakunya, kami juga telah menutup kawasan berkenaan bagi mengelakkan kawasan itu diganggu dan diceroboh.

“Kami masih menunggu keputusan analisis kimia bahan buangan tersebut, ia masih belum dapat lagi daripada pihak Jabatan Kimia Malaysia,” katanya di sini semalam.

Media baru-baru ini melaporkan satu bahan buangan disyaki bahan berbahaya kepada alam sekitar ditemukan telah dilupus secara haram di satu kawasan ladang kelapa sawit di Tanah Merah, Port Dickson pada 12 Januari lalu.

Pihak JAS Negeri Sembilan telah menerima aduan mengenai pelupusan haram tersebut yang berlaku di premis Cypark dan Kualiti Alam Sdn. Bhd. (KASB) Port Dickson dan hasil siasatan menemukan bahan buangan berwarna kehijauan dan berbau seakan solvent (pelarut).

Kawasan kejadian terletak di kawasan ladang kelapa sawit dengan permukaan kecerunan yang berbeza menyebabkan buangan mengalir seterusnya bertakung di kawasan rendah.

Susulan itu, dua sampel dalam bentuk cecair telah diambil untuk dianalisis oleh pihak Jabatan Kimia Malaysia.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya