Jarak 5km ambil masa dua jam

Jarak 5km ambil masa dua jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Walaupun jarak hanya lima kilometer (km), namun perjalanan dari Jalan Bukit Pasir ke Tongkang Pecah di sini boleh mengambil masa sehingga dua jam.

Ekoran kesesakan teruk hampr sepanjang masa di laluan berkenaan, ramai terpaksa keluar awal supaya tidak lewat tiba di tempat kerja masing-masing.

Malah, ramai sanggup menggunakan motosikal berbanding kereta untuk mengelak ‘tersangkut’ dalam kesesakan.

Seorang penduduk Kampung Jorak Ilahi yang hanya mahu dikenali sebagai Essa, 64, berkata, kesesakan di kedua-dua arah laluan itu berlaku tiga kali sehari, iaitu waktu puncak mulai pukul 6 hingga 10 pagi, 12 tengah hari hingga 2 petang dan 4.30 petang hingga 8 malam.

Menurutnya, kesesakan bertambah teruk apabila berlaku kemalangan dan hanya akan tersurai apabila ada kawalan trafik oleh pihak berkuasa.

“Faktor utama punca kese­sakan di laluan ini sejak sekian lama adalah keadaan jalan yang terlalu sempit dan perlu dinaik taraf daripada dua lorong sekarang menjadi sekurang-kurangnya tiga lorong sehala.

“Jambatan Bindu juga perlu dilebarkan mengikut ukuran jalan bagi membolehkan perjalanan kenderaan tidak terhalang akibat pengecilan laluan apabila sampai ke jambatan itu,” kata­nya kepada Utusan Malaysia.

Sementara itu, Ketua Kampung Jorak Ilahi, Mohd. Hamidi Mohd. Tap memberitahu, kese­sakan pada waktu pagi adalah disebabkan jumlah kenderaan meningkat berikutan orang ramai pergi dan balik bekerja.

“Kesesakan pada waktu te­ngah hari berpunca daripada ibu bapa yang menjemput dan menghantar anak masing-ma­sing ke sekolah di sekitar laluan berkenaan,” katanya.

Justeru, beliau berharap kerja-kerja naik taraf laluan itu dilakukan untuk menampung pertambahan kenderaan yang menggunakannya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN