Harapan rakyat Malaysia perang di Gaza berakhir - Utusan Malaysia

Harapan rakyat Malaysia perang di Gaza berakhir

Gaza
ORANG awam meluangkan masa hujung minggu dengan menyertai aktiviti solidariti 'Fly a Kite for Gaza' dengan bermain layang-layang sempena Hari Layang-Layang sedunia bertemakan solidariti bagi rakyat Palestin dekat MST Golf Driving Range @ Bukit Jelutong Golf Centre di Shah Alam, Selangor. - UTUSAN / AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Perang berat sebelah antara tentera Israel dan Palestin yang sudah memasuki hari ke-100 diharap segera berakhir dan doa rakyat Malaysia hanya satu, situasi aman kembali wujud di bumi Gaza.

Menurut jurucakap Farrash Foundation, Shahnas Oli Mohamed, nasib rakyat Palestin terutama kanak-kanak yang kehilangan nyawa dan cedera akibat serangan roket sentiasa bermain di fikiran beliau dan setiap pencinta keamanan di seluruh dunia terutama di Malaysia.

“Maka hari ini kira-kira 300 rakyat Malaysia pelbagai latar belakang, berkumpul dan bersolidariti di sini hari ini, memperingati hari anak-anak Palestin pada Julai 2011 yang menaikkan 12,350 layang-layang di sepanjang Pantai Al Waha di Semenanjung Gaza.

“Mesej yang ingin disampaikan adalah sebagaimana harapan seorang kanak-kanak Palestin, Marwan Mohammad,11, semasa itu yang berharap Palestin akan merdeka dan rakyatnya bebas seperti layang-layang yang berterbangan bebas di angkasa,”katanya pada program ‘Fly A Kite For Gaza’ di Bukit Jelutong, semalam.

Shahnas berkata,  layang-layang yang diterbangkan hari ini dihasilkan oleh pihak Nour Emporium yang merupakan seorang usahawan tempatan di kawasan tersebut.

“Pihak Farrash Foundation turut membuka tabung untuk disumbangkan kepada rakyat Palestin bagi pemulihan bumi Gaza.

“Segala sumbangan akan disalurkan terus kepada rakyat Palestin menerusi Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin yang diwujudkan oleh Kementerian Luar Negeri Malaysia,” ujarnya.

Sumbangan boleh dibuat kepada The Farrash Foundation menerusi akaun no.bank Al Rajhi 107001180805835. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya