Hanya 27 mangsa masih berlindung di PPS

Hanya 27 mangsa masih berlindung di PPS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG: Situasi banjir yang melanda negeri ini semakin pulih sepenuhnya apabila hanya 27 orang mangsa masih berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) To’Deh hari ini.

Sekretariat Pengurusan Banjir negeri berkata, setakat pukul 8 pagi ini kesemua mangsa itu terdiri daripada tujuh keluarga.

“Alhamdulillah, paras air Sungai Golok semakin menurun walaupun berada pada paras amaran.

“Sungai Kelantan di Tangga Krai (Kuala Krai), Sungai Lebir (Kampung Tualang) dan Sungai Golok (Kuala Jambu) berada pada paras berjaga-jaga,” katanya.

Ujarnya, lain-lain sungai berada pada paras normal.

Sementara itu, empat kampung masih ditenggelami banjir iaitu Kampung Tok Deh, Banggol Perol, Lachang, Terusan dan Tok Daah.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN