BN-PH dalam dilema berdepan PRU16?

BN-PH dalam dilema berdepan PRU16?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Gabu­ngan kerjasama Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) dilihat bakal mencetuskan ketidak­puasan hati dalam kala­ngan pengundi kedua-dua parti itu.

Pengarah Pengasas Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin berkata, walaupun Perdana Menteri yang juga Presiden PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim mungkin bersetuju menjalin kerjasama dengan BN pada PRU16, namun keadaan UMNO yang dilihat semakin lemah menjadi dilema kepada parti beliau.

Menurutnya, sekiranya keadaan UMNO terus lemah, perkara itu akan mencetuskan kebimba­ngan kepada PH dalam mempertahankan soko­ngan daripada para pe­ngundinya sebelum ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Oleh itu, situasi rumit ini sudah pasti akan dipersoalkan oleh pengundi dan mungkin daripada ahli PH yang mana mereka akan lihat gabungan dengan pihak yang lemah bakal mencetuskan kegagalan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Berucap di Konvensyen Kerajaan Perpaduan Negeri Perak, kelmarin, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi tekad mahukan kerjasama BN dan PH diteruskan pada PRU16.

Beliau yang juga Pre­siden BN tidak mahu ada persengketaan antara kedua-dua parti berhubung perebutan jawatan sebaliknya boleh berunding sebaik mungkin.

Sehubungan itu, Shamsul Amri berkata, keadaan itu juga akan turut membuka peluang kepada Perikatan Nasio­nal (PN) memperkukuhkan strategi mereka pada PRU16 untuk terus menjunamkan BN. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×