Bapa pukul, rogol anak didakwa esok - Utusan Malaysia

Bapa pukul, rogol anak didakwa esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU: Seorang bapa yang disyaki memukul dan merogol anaknya dalam kejadian Kendong, di sini akan dituduh di Mahkamah Sesyen Seremban, esok.

Lelaki berusia 47 tahun itu dituduh bersabit dua kertas siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan dan Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan. 

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden Hazri Mohamad.

Pada 24 Januari lalu, media melaporkan seorang remaja perempuan dipukul teruk oleh bapanya menggunakan pelbagai objek sehingga mengalami kecederaan.

Mangsa dipercayai dipukul bapanya itu tidak berpuas hati dengan tindakannya membocorkan rahsia dirogol kepada teman wanita bapanya yang turut tinggal di rumah bersama mereka.

Mangsa mengalami beberapa kesan kecederaan di bahagian bahu kanan, kiri, bahagian belakang kepala sebelah kiri, tangan sebelah kanan dan di bibir.

Suspek juga telah bertindak memukul mangsa menggunakan tangan serta beberapa alatan seperti kerusi plastik, bakul kain plastik dan meja seterika.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya