Bahan buangan berbahaya ditemukan dilupus secara haram - Utusan Malaysia

Bahan buangan berbahaya ditemukan dilupus secara haram

PEGAWAI JAS Negeri Sembilan mengambil sampel bahan pencemaran susulan penemuan bahan buangan disyaki bahan berbahaya kepada alam sekitar yang dilupus secara haram di satu kawasan ladang kelapa sawit di Tanah Merah, Port Dickson pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Satu bahan buangan disyaki bahan berbahaya kepada alam sekitar ditemukan telah dilupus secara haram di satu kawasan ladang kelapa sawit di Tanah Merah, di sini pagi tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Keusahawanan, Sumber Manusia, Perubahan Iklim, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, S. Veerapan berkata, pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan telah menerima aduan mengenai pelupusan haram tersebut yang berlaku di premis Cypark dan Kualiti Alam Sdn. Bhd. (KASB) di sini.

Menurutnya, aduan berkenaan diterima daripada pihak KASB pada pukul 11.15 pagi dan hasil siasatan menemukan bahan buangan berwarna kehijauan dan berbau seakan solvent (pelarut). 

Jelas beliau, kawasan kejadian terletak di kawasan ladang kelapa sawit dengan permukaan kecerunan yang berbeza menyebabkan buangan mengalir seterusnya bertakung di kawasan rendah. 

“Tiada aliran air di kawasan buangan tersebut, keluasan kawasan pencemaran berkenaan dianggarkan sekitar 70×10 kaki.

“Susulan itu, dua sampel dalam bentuk cecair telah di ambil untuk dianalisis oleh Jabatan Kimia Malaysia. Selain itu, pita penghadang juga telah di pasang di kawasan kejadian bagi mengelak orang awam memasuki kawasan pelupusan tersebut,” katanya di sini hari ini.

Veerapan menambah, pegawai JAS telah membuat laporan di Balai Polis Tanah Merah di sini petang tadi bagi memaklumkan penemuan bahan buangan tersebut dan mendapatkan bantuan untuk pemantauan kawasan.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya