Air masuk rumah, penduduk rugi ribuan ringgit

Air masuk rumah, penduduk rugi ribuan ringgit

Persatuan Veteran Tentera Udara Diraja Malaysia (PV TUDM) diketuai penasihatnya, Mejar (B) Saupi Zakaria menyampaikan sumbangan 260 kotak barangan keperluan mangsa banjir di Pasir Puteh.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: Sebahagian mangsa banjir di Gaal di sini mendakwa rugi ribuan ringgit selepas tidak sempat menyelamatkan kelengkapan rumah apabila air naik dengan cepat semasa hujan lebat melanda kawasan kampung mereka kelmarin.

Mangsa dari Kampung Jeram, Batu Hitam dan Daram Buaya mendakwa, banjir berlaku di­sebabkan hujan terlalu lebat selain sistem pengairan yang tersumbat kesan pembangunan projek berskala besar di kawasan tersebut.

Mangsa banjir dari Kampung Batu Hitam, Rohani Jusoh, 49, berkata, semua barangan elektrik dan perabot rosak apabila air masuk ke dalam rumah.

Menurutnya, hanya mesin basuh dan peti ais selamat dipindahkan namun masih khuatir apabila hujan lebat yang masih berterusan.

“Kami tiga beranak berendam air paras pinggang selama dua jam hanya memikirkan keselamatan diri.
“Syukur kami diselamatkan pasukan pasukan bomba dan dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Changgai pada pukul 2 petang semalam (kelmarin),” katanya ketika ditemui semalam.

Mangsa banjir dari Kampung Daram buaya, Muhammad Abdul Rahman, 35, berkata, dia bersama isteri dan lima anak dipindahkan ke PPS SK Changgai selepas satu jam terperangkap dalam rumah.

Menurutnya, dia mendukung anak bongsunya empat bulan sebelum menunggu ketibaan anggota bomba menyelamat.

“Saya sentiasa memastikan anak-anak berusia empat bulan hingga 10 tahun selamat meskipun paras air sudah hampir satu meter dalam rumah.

“Banjir ini kedua buat saya selepas hilang punca pendapatan sebagai buruh binaan sejak seminggu lalu,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN