YPNM pantau ketirisan, penyeludupan minyak diesel bersubsidi - Utusan Malaysia

YPNM pantau ketirisan, penyeludupan minyak diesel bersubsidi

MOHD. FIRDAUS ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Yayasan Pengguna Negara Malaysia (YPNM) akan menggerakkan Biro Sukarelawan Pemantauan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu untuk memantau ketirisan dan penyeludupan minyak diesel bersubsidi yang semakin berleluasa pada ketika ini.

Yayasan itu berpandangan, permasalahan tersebut perlu dipantau secara serius kerana ia menjejaskan ekonomi pengguna dan negara dipercayai hampir RM52 bilion.

Presiden YPNM, Datuk Mohd. Firdaus Abdullah berkata, pemantauan oleh yayasan itu perlu dilakukan walaupun pihak berkuasa daripada pelbagai agensi kerajaan bertungkus lumus membanteras kegiatan penyelewengan, penyeludupan diesel bersubsidi dan tangkapan serta serbuan sentiasa dilakukan.

“Untuk itu, YPNM akan menggerakkan Biro Sukarelawan Pemantauan untuk memantau sebarang ketirisan dan penyelewengan diesel bersubsidi dan akan melaporkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan segera demi kesejahteraan ekonomi negara daripada dirosakkan oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab.

“Penjenayah-penjenayah ini perlu dibawa ke muka pengadilan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Firdaus berkata, sindiket penyelewengan diesel bersubsidi dikuasai oleh kongsi-kongsi gelap di seluruh negara dan penyeludupan ke luar negara turut dilakukan oleh mafia-mafia antarabangsa.

“YPNM juga memohon kerajaan mengenakan hukuman yang tegas seperti penjara dan sebatan kepada penyeleweng minyak diesel bersubsidi kerana undang-undang sedia ada seperti kompaun tidak memberi sebarang kesan ketakutan kepada mereka,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya