Tidak kemuka penyata SST, dua peniaga didenda - Utusan Malaysia

Tidak kemuka penyata SST, dua peniaga didenda

MOHD. Ridzuan Jusoh (kiri) didakwa atas pertuduhan gagal mengemukakan penyata Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST-02) di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, Kelantan. UTUSAN/ROSMIZAN RESDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Dua peniaga didenda RM3,900 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini masing-masing atas tiga pertuduhan gagal mengemukakan penyata Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST-02) pada Mac hingga Ogos lalu.

Hakim Mohd. Zul Zakiqudin Zulkifli menjatuhkan hukuman  terhadap Mohd. Ridzuan Jusoh ,34, dan Wan Zairul Izzuan Ariz Wan Zainudin, 30, selepas kedua-dua Orang Kena Saman (OKS) itu mengaku bersalah atas pertuduhan yang didakwa ke atas mereka.

Mengikut pertuduhan, Mohd. Ridzuan yang merupakan pemilik tunggal perniagaan pengiklanangagal mengemukakan penyata SST-02 dalam masa ditetapkan bagi tempoh  bercukai antara 1 Mac 2023 hingga 31 Ogos.

Dalam pada itu, Wan Zairul Izzuan Ariz dalam prosiding berasingan yang merupakan pemilik tunggal perniagaan serunding didapati gagal mengemukakan penyata SST-02 dalam tempoh bercukai yang sama.

Perbuatan itu dilakukan oleh mereka di Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Jalan Tok Guru di sini antara 1 Jun hingga 3 Oktober lalu.

Mohd. Ridzuan didakwa mengikut Seksyen 26 (1) Akta 807 manakala Wan Zairul Izzuan Ariz didakwa mengikut Seksyen 26 (1) Akta 806 yang boleh dihukum di bawah seksyen dan akta sama.

Kedua-dua seksyen di dalam akta itu memperuntukan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali  jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan  Pegawai Pendakwa JKDM. Mohd. Haswadi Mohamad Nor.

Terdahulu, Mohd. Ridzuan yang diwakili peguam, Azura Ghazali manakala Wan Zairul Izzuan Ariz yang tidak diwakili peguam mengemukakan rayuan memohon kepada mahkamah supaya hukuman diringankan.

Mahkamah kemudiannya menetapkan kedua-dua OKS masing-masing didenda RM3,900 iaitu RM1,300 bagi setiap pertuduhan selain penjara tiga bulan bagi setiap pertuduhan sekiranya gagal membayar denda yang ditetapkan. Kedua-dua OKS membayar denda yang ditetapkan mahkamah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya