PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, tiada muslihat, niat jahat, pilih kasih atau menyebelahi mana-mana pihak dalam tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita bangunan Menara Ilham milik keluarga bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin. Perdana Menteri berkata, semua pihak perlu memberikan ruang sepenuhnya kepada badan itu untuk menjalankan siasatan. DITANGKAP “SPRM jalankan tugasnya tidak mengira kedudukan, Tun ke Tan Sri ke. Kalau tidak kritikannya nanti, yang ikan-ikan kecil…










