Stadium Sultan Muhammad IV 'berwajah' baru

Stadium Sultan Muhammad IV ‘berwajah’ baru

PEMANDANGAN terkini dari udara Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan-IHSAN RIMI DRONGRAFI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Stadium Sultan Muhammad IV di sini tampil dengan ‘wajah’ baharu apabila pemasangan tempat duduk penonton di kawasan terbuka yang sedang dijalankan ketika ini memberikan pemandangan lebih segera dan ceria.

Menambahkan keceriaan apabila kerusi tersebut disusun dengan perkataan SSMIV yang merupakan singkatan kepada Stadium Sultan Muhammad IV.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan Perpaduan Masyarakat negeri, Zamakhshari Muhammad berkata, pemasangan tempat duduk itu akan dilaksanakan secara berperingkat.

Menurutnya, sebanyak 6,684 unit kerusi akan dipasang pada peringkat awal dan keputusan itu dibuat berdasarkan jumlah kehadiran penyokong dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) ketika ini.

“Buat masa ini kita sudahpun memasang sebanyak 5,000 unit kerusi baharu di tempat duduk penyokong dengan nilai RM380,000 menggunakan perbelanjaan PSNK sendiri.

“Disebabkan ia membabitkan kos tinggi kita buat keputusan untuk memasang sebanyak jumlah itu lebih dahulu,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apam Putra memberitahu, langkah pemasangan kerusi pada tempat duduk penyokong dibuat bagi memenuhi permintaan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) selaku badan penganjru Liga Malaysia.

Kataya, pihak MFL telah meminta agar keseluruhan tempat duduk penyokong dilengkapkan dengan kemudahan kerusi untuk keselesaan di samping memastikan urusan penyediaan tiket dan atur duduk dilaksanakan secara lebih bersistematik.

“Pada masa sama kita sedang membincangkan langkah penambahbaikan sistem pengairan bagi mengatasi masalah air bertakung di padang stadium berkenaan setiap kali hujan lebat melanda.

“Pihak PSNK telah meminta Jabatan Kerja Raya (JKR) melihat dari sudut fasiliti longkang dan infrastruktur berkaitan. Sekiranya memerlukan penambahbaikan kita akan memaklumkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bagi memohon peruntukan atau bantuan,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain Zamakhshari memberitahu, mesyuarat PSNK telah mencadangkan beberapa langkah bagi mengatasi kerosakan papan pemarkahan digital di stadium tersebut.

“Antara cadangan diterima adalah kita akan membuka tawaran kepada pihak ketiga. Bermakna kita akan buat permohonan untuk penyediaan kertas cadangan untuk pihak ketiga mengemukakan cadangan pakej merangkumi pengiklanan dan sebagainya.

“Boleh dikatakan kita ambil pendekatan situasi menang sama menang, namun sehingga kini perkara itu masih dalam peringkat membuat keputusan dan belum sampai ke peringkat tindakan,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya