PETALING JAYA: Sokongan ahli parlimen daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS) penting demi keutuhan majoriti dua pertiga diperoleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali gus mengekalkan hayat Kerajaan Perpaduan sehingga akhir penggal. Dalam pada itu, pemerhati politik juga melihat kedudukan GPS dalam Kerajaan Perpaduan penting bagi membolehkan rakyat Sarawak mendapat manfaat daripada dasar Malaysia Madani yang diperkenalkan Anwar. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Geostrategis dan Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara…










