Sewa premis Mara kepada pihak ketiga, warga asing berdepan tindakan

Sewa premis Mara kepada pihak ketiga, warga asing berdepan tindakan

FAZLI Rizal Ismail (tengah) bersama Muhamad Zamry Abu Samah selepas merasmikan pembukaan cawangan Richiamo Coffee ke-177 di Arked Mara Bachok, Bachok, Kelantan, hari ini-UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan menamatkan kontrak serta-merta kepada mana-mana peniaga yang menyewakan premis perniagaan milik agensi itu kepada pihak ketiga termasuk warga asing.

Pengarah Mara Kelantan Fazli Rizal Ismail berkata, pihaknya sentiasa melakukan pemantauan berterusan setiap bulan bagi memastikan perkara tersebut tidak berlaku.

“Setakat ini kita masih belum menerima laporan berkait perkara tersebut, namun pemantaun sentiasa dilakukan.

“Tindakan menyewa kepada pihak ketiga atau warga asing bercanggah dengan peraturan Mara dan kehendak kerajaan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan cawangan Richiamo Coffee ke-177 di Arked Mara Bachok di sini hari ini.

Hadir sama, Pengarah Urusan Kumpulan Richiamo Coffee Muhamad Zamry Abu Samah.

Fazli Rizal memberitahu, seluruh negeri Mara mempunyai 641 lot-lot perniagaan kecuali di jajahan Kuala Krai.

Katanya, kesemua 95 peratus premis perniagaan dibawah seliaan agensi itu sudah mempunyai penyewa.

“Lima peratus itu ada penyewa yang bersilih-ganti berniaga di premis milik Mara.

“Selain itu, kita (Mara Kelantan) terbuka untuk bekerjasama dengan pemain industri tempatan yang mahu memanfaatkan kemudahan di premis Mara sebagaimana dilakukan oleh Richiamo Coffee di Bachok ini,” ujarnya.-UTUSAN

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.