Projek Bandar Pertahanan lonjak daerah Lipis di mata dunia - Utusan Malaysia

Projek Bandar Pertahanan lonjak daerah Lipis di mata dunia

ABDUL RAHMAN Mohamad (kiri) menyampaikan bantuan kewangan kepada golongan asnaf sempena program CSR Lembaga Lebuhraya Malaysia di Lipis, Pahang. - UTUSAN/ SALEHUDIN MAT RASAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIPIS: Projek Bandar Pertahanan (DC) bernilai RM1.2 bilion di kawasan seluas 80 hektar di Kechau, Padang Tengku di sini bakal melonjakkan dan meletakkan daerah Lipis terkenal di mata dunia.

Ahli Parlimen Lipis yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, kewujudan DC di sini merangsang ekonomi domestik dan menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.

Menurutnya, projek itu akan membantu mengurangkan kebergantungan negara kepada syarikat asing sekali gus mengurangkan defisit negara khususnya bagi penjimatan aset serta kelengkapan ketenteraan dan pertahanan.

“Bandar Pertahanan itu kelak bakal mewujudkan peluang pekerjaan berskala besar kepada lebih 1,500 orang belia tempatan dan negeri ini amnya dalam bidang teknikal, pengurusan dan sebagainya.

“Pembukaan kilang dijadualkan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 18 Januari 2024 secara langsung membuka era Baharu Pembangunan mega di daerah Lipis,” katanya kepada pemberita selepas majlis tanggungjawab sosial korporat (CSR) Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di sini hari ini.

Abdul Rahman berkata, pada fasa pertama kilang ini mengeluarkan projek pelbagai jenis peluru untuk kegunaan pertahanan negara dan setakat ini, seramai 450 pekerja sudah diambil berkhidmat di situ.

Tambah beliau, pada fasa kedua dan ketiga pula pengeluaran tertumpu kepada pengeluaran kereta kebal dan helikopter dan lain-lain senjata pertahanan untuk negara.

“Pengeluaran bahan senjata buatan tenaga kerja tempatan ini secara langsung dapat mengurangkan pengaliran wang keluar negara sekali gus memantapkan ekonomi dalam negara,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya