Pokok getah jadi penyelamat pemuda OKU

Pokok getah jadi penyelamat pemuda OKU

PEMUDA OKU (dua kiri) selepas berjaya diselamatkan oleh anggota pasukan penyelamat di Kampung Buchik, Machang, Kelantan petang tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MACHANG: Seorang pemuda orang kurang upaya (OKU) terpaksa berpaut pada pokok getah untuk menyelamatkan diri daripada dihanyutkan arus deras banjir dalam kejadian di Simpang Tiga, Kampung Bunchit, di sini petang tadi.

Dalam kejadian itu mangsa Wan Mohd. Wafi Wan Mohd. Zuki, 19, telah dihanyutkan arus sejauh
50 meter.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.28 petang.

Menurutnya, sejurus tiba dilokasi pada pukul 6.46 petang mendapati lelaki tersebut sedang berpaut pada pokok getah tersebut.

“Dia kemudian berjaya diselamatkan selepas 22 minit operasi menyelamat dilakukan.

“Turut serta dalam operasi ini ialah Angkatan Pertahan Awam Malaysia (APM) dan polis,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya